TAJUK

maksud sains dan teknologi

"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Manakala teknologi ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal di dalam industri. Teknologi merujuk kepada alatan dan mesin yang digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia".

ALBUM



Murid-murid sedang menjalankan eksperimen penjerukkan subtopik 'Pengawetan' sains tahun 6

Pengawetan Makanan
  1. Pengawetan makanan ialah satu proses merawat makanan supaya makanan boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang.
  2. Pengawetan makanan boleh memperlahankan atau memberhentikan aktiviti mikroorganisma dalam makanan. Ini membolehkan makanan disimpan untuk masa yang lebih lama.
  3. Terdapat beberapa cara mengawet makanan iaitu :
  • pelilinan
  • penyalaian
  • pengasinan
  • pempasteuran
  • pembotolan/pengetinan
  • penyejukbekuan
  • penjerukkan
  • pembukusan vakum
  • penyejukan
  • pendidihan
  • pengeringan

Jom Tengok gambar anak-anak didik saya UPSR 2011




wajah-wajah kegembiraan anak-anak didik saya dengan mendapat keputusan cemerlang subjek sains
'semoga terus berjaya'