TAJUK

maksud sains dan teknologi

"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Manakala teknologi ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal di dalam industri. Teknologi merujuk kepada alatan dan mesin yang digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia".

Jumaat, 25 November 2011

Renungkan.....

Ilmu adalah mukjizat yang diperturunkan oleh Allah, menerusi Al-Quran. Justeru itu terpulanglah kepada makhluk ciptaannya yang berakal dalam mempelajari, meneroka dan seterusnya memunafaatnya demi kesejahteraan hidup manusia. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 32 yang terjemahannya berbunyi, Mereka menjawab : “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami , sesungguhnya Engkaulah Yang maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”. Justeru itu maka kita perlu tetapkan keimanan kita dan memperbetulkan nawaitu serta merendah diri ketika berusaha menuntut ilmu agar cara kita mendapat ilmu tersebut dikira sebagai ibadah dan berupaya membahagiakan kita i dunia dan di akhirat.

1 ulasan:

  1. Marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan jadikan Al-Quran sebagai pegangan

    BalasPadam