TAJUK

maksud sains dan teknologi

"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Manakala teknologi ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal di dalam industri. Teknologi merujuk kepada alatan dan mesin yang digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia".

Isnin, 12 Disember 2011

Mari Belajar mengukur Isipadu

lagu : mengukur isipadu

  • Isipadu sesuatu objek adalah besarnya sesuatu ruang yang dipenuhi oleh objek tersebut.
  • Oleh itu, objek yang besar mempunyai isipadu yang lebih besar.
  • Isi padu pepejal boleh diukur dengan formula berikut :
                   Isipadu = panjang x lebar x tinggi

  • Isi padu cecair menunjukkan berapa luas ruang yang dapat dipenuhi oleh cecair.
  • Alat ukuran piawai yang digunakan untuk mengukur cecair ialah bikar dan silinder.

Isnin, 28 November 2011

Mari kita kongsi tips-tips untuk menjawab soalan sains

Stategi Menjawab Soalan Bahagian A (Objektif 60%
  • Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali.
  • Baca semua pilihan jawapan.
  • Singkirkan jawapan yang tidak sesuai.
  • Jika ragu pilih jawapan, tinggalkan sementara.
  • Semak semula jawapan yang meragukan.
  • Pastikan semua soalan dijawab.
Strategi untuk menjawab soalan bahagian B
  • Fahamkan maklumat
  • Fahamkan soalan
  • Cari jawapan  dari :-
            A. Maklumat di atas ATAU
            B. Pengetahuan sains dipelajari ATAU
            C. Kaitkan pengalaman hidup ATAU
            D. Berfikir logik

 Semak jawapan yang ditulis