TAJUK

maksud sains dan teknologi

"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Manakala teknologi ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal di dalam industri. Teknologi merujuk kepada alatan dan mesin yang digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia".

Isnin, 12 Disember 2011

Mari Belajar mengukur Isipadu

lagu : mengukur isipadu

  • Isipadu sesuatu objek adalah besarnya sesuatu ruang yang dipenuhi oleh objek tersebut.
  • Oleh itu, objek yang besar mempunyai isipadu yang lebih besar.
  • Isi padu pepejal boleh diukur dengan formula berikut :
                   Isipadu = panjang x lebar x tinggi

  • Isi padu cecair menunjukkan berapa luas ruang yang dapat dipenuhi oleh cecair.
  • Alat ukuran piawai yang digunakan untuk mengukur cecair ialah bikar dan silinder.

Isnin, 28 November 2011

Mari kita kongsi tips-tips untuk menjawab soalan sains

Stategi Menjawab Soalan Bahagian A (Objektif 60%
  • Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali.
  • Baca semua pilihan jawapan.
  • Singkirkan jawapan yang tidak sesuai.
  • Jika ragu pilih jawapan, tinggalkan sementara.
  • Semak semula jawapan yang meragukan.
  • Pastikan semua soalan dijawab.
Strategi untuk menjawab soalan bahagian B
  • Fahamkan maklumat
  • Fahamkan soalan
  • Cari jawapan  dari :-
            A. Maklumat di atas ATAU
            B. Pengetahuan sains dipelajari ATAU
            C. Kaitkan pengalaman hidup ATAU
            D. Berfikir logik

 Semak jawapan yang ditulis

Jumaat, 25 November 2011

Mikroorganisma



Mikroorganisma adalah hidupan yang sangat kecil. Mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Mikroorganisma boleh didapati di merata-rata tempat seperti tanah, air dan udara. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma, iaitu bakteria, protozoa, kulat dan virus.

Bakteria
  • Bakteria adalah organisma unisel.
  • Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk seperti sfera, rod dan berlingkar.
Protozoa
  • Protozoa boleh di dapati di kolam, tasik, paya dan sungai.
  • contoh-contoh protozoa adalah seperti paramesium, euglena, ameba dan plasmodium.
kulat 
  • kulat kelihatan sama seperti tumbuhan tetapi tidak boleh membuat makanannya sendiri.
  • kulat boleh didapati pada roti yang berkulat, pokok-pokok dan makanan yang basi.
  • ragi, kulapok dan cendawan adalah contoh-contoh kulat.
virus
  • virus merupakan mikroorganisma yang paling kecil
  • virus hanya dapat tumbuh dan membiak dalam badan sel perumah.
  • virus didapati dalam pelbagai bentuk.




Mikroorganisma Adalah Hidupan



Mikroorganisma adalah hidupan yang sangat kecil. Mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Mikroorganisma boleh didapati di merata-rata tempat seperti tanah, air dan udara. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma, iaitu bakteria, protozoa, kulat dan virus.

Renungkan.....

Ilmu adalah mukjizat yang diperturunkan oleh Allah, menerusi Al-Quran. Justeru itu terpulanglah kepada makhluk ciptaannya yang berakal dalam mempelajari, meneroka dan seterusnya memunafaatnya demi kesejahteraan hidup manusia. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 32 yang terjemahannya berbunyi, Mereka menjawab : “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami , sesungguhnya Engkaulah Yang maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”. Justeru itu maka kita perlu tetapkan keimanan kita dan memperbetulkan nawaitu serta merendah diri ketika berusaha menuntut ilmu agar cara kita mendapat ilmu tersebut dikira sebagai ibadah dan berupaya membahagiakan kita i dunia dan di akhirat.